Connect with us
Geng Pagi Hot

Onz

“Teruskan Hidup Jangan Ada Marah Atau Dendam”- Noor Nabila Lega Kes Cerai Selesai

Sikap professional Nabila dan Shaarnaz patut dicontohi…

Published

on

“Bagi saya pertama sekali kita kena clearkan apa yang kita nak dalam hidup. Kalau anak keutamaan, kita fokuskan hal itu dan clearkan dengan bekas suami” – Nabila

Akhirnya kemelut yang dialami pelakon, Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila menemui jalan penyelesaian apabila mereka mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam perjanjian penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur.

Tuntutan yang dimeterai melalui surat ditandatangani kedua-dua pihak membabitkan nafkah edah, hadanah atau hak penjagaan dan nusyuz yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamed Fauzi Mokhtar.

Tak nak pergi mahkamah dah' - Noor Nabila | Harian Metro

Dalam pada itu, Nabila turut mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada pengikut di media sosial yang bertanyakan bagaimana dia kuat untuk berdepan dengan bekas suami.

“Ramai bertanya bagaimana saya boleh kuat di hadapan Sharnaaz. Saya tidak membalas setiap pertanyaan kerana perihal ini agak peribadi.”

“Bagi saya pertama sekali kita kena clearkan apa yang kita nak dalam hidup. Kalau anak keutamaan, kita fokuskan hal itu dan clearkan dengan bekas suami. Teruskan hidup jangan ada marah atau dendam.

“Tak bagus untuk kesihatan kita, hari-hari bangun emosi. Tak baik juga untuk anak-anak,”

Kata Nabila lagi, bukan sekadar pengikutnya di laman sosial, rakan artis juga turut cuba mendapatkan panduan daripadanya tentang perceraian.

“Nasihat saya jangan datang mahkamah, benda ni akan jadi besar. Kalau kita buat keputusan drastik, benda ni memang tak boleh settle. Lagi satu jangan DM saya, boleh tanya peguam sebab saya tak boleh tolong,” katanya.

Bagaimanapun, Nabila tidak menganggap perceraian adalah penyelesaian bagi semua masalah rumah tangga. Tambahnya, setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah.

Terbaru, Nabila dan Shaarnaz dilihat meluangkan masa bersama anak mereka, Jebat Jayden di rumah. Sikap mereka berdua yang professional itu patut dipuji. Alhamdulillah, semoga mereka terus berbaik dan terus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa yang baik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest