Connect with us
alt_img

Filem

The Secret Life of Pets 2 Ungguli Carta Box Office!

“The Secret Life of Pets 2” berjaya mendahului carta box office Amerika Utara minggu ini apabila meraih kutipan mencecah AS$47.1 juta (RM196.1 juta).

Published

on

Animasi baru Universal, “The Secret Life of Pets 2” berjaya mendahului carta box office Amerika Utara minggu ini apabila meraih kutipan mencecah AS$47.1 juta (RM196.1 juta).

Sekuel kali ini menyaksikan Max dan teman-teman kesayangannya menghadapi beberapa perubahan besar setelah pemiliknya, Katie, berkahwin dan memiliki seorang anak.

Jumlah itu sekaligus menunjukkan filem tersebut mengalahkan:

-Filem “X-Men: Dark Phoenix” di tangga kedua dengan AS$33 juta (RM137 juta)

 -Disney, “Aladdin” di tangga ketiga meraih kutipan AS$24.5 juta (RM101.9 juta)

-“Godzilla: King of the Monsters”, jatuh ke tangga keempat dengan kutipan AS$15.5 juta (RM64.5 juta)

-Filem “Rocketman”, biopik mengenai penyanyi Elton John mengungguli tangga kelima dengan kutipan AS$14 juta (RM58 juta).

-Tempat keenam menjadi milik filem “Ma” dengan kutipan sekitar AS$7.8 juta (RM32 juta)

-“John Wick: Chapter 3 – Parabellum” di tangga ketujuh sebanyak AS$7.4 juta (RM30.1 juta)

-“Avengers: Endgame” ditangga kelapan dengan kutipan AS$4.8 juta (RM19.1 juta)

-“Pokemon: Detective Pikachu” ditangga kesembilan dengan kutipan AS$2.9 juta (RM12 juta)

– Di tangga ke-10 dimiliki oleh filem “Booksmart” meraih kutipan AS$1.6 juta (RM6.6 juta)

“Pets 2” dikeluarkan oleh studio Illumination Entertainment yang turut menghasilkan beberapa filem gempak seperti Despicable Me dan The Grinch menampilkan suara Tiffany Haddish, Harrison Ford, Lake Bell, Hannibal Buress, Nick Kroll, Dana Carvey, Ellie Kemper, Pete Holmes, Garth Jennings, dan Bobby Moynihan.

Buat anda yang belum menonton filem ini, jom saksikan trailer Filem The Secret Life of Pets 2 yang telah pun memasuki pawagam pada 30 Mei 2019.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest