Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“The Way Wan Emir Looks At Mira…”- Netizen Jemu Dengan Ketaksuban Peminat Mira Dan Emir

Tak salah mendoakan kebahagiaan kan?

Published

on

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah aktres jelita Mira Filzah saat mengikat janji suci pernikahan dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar. Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara kesayangan Malaysia ini sah bergelar isteri kepada Wan Emir di Bukit Kiara pada malam Jumaat, 3 September 2020 lalu.

Perkahwinan mereka boleh dikatakan sebagai ‘wedding of the year’, mana tidaknya lihat sahaja busana anggun Mira Filzah yang direka oleh pereka-pereka fesyen terkenal tanah air dan juga pelamin yang menawan dan gah. Sekali gus nama Wan Emir dan Mira Filzah menjadi trending dan turut menjadi sebutan warganet.

Ramai yang mengucapkan tahniah dan memuji keindahan majlis itu. Namun apa yang menjadi perhatian adalah apabila ramai pengguna laman sosial Twitter, mula memuat naik ciapan memuji cara Wan Emir memandang Mira. Lihat sahaja di Twitter, pasti ada ciapan “the way Wan Emir…” yang lalu di timeline anda.

Salah seorangnya adalah pengguna Twitter @azfairyofficial ini yang turut tidak ketinggalan memuat naik gambar Wan Emir bersama keluarga baharunya.

Menulis dengan kapsyen,

“The way, Wan emir hold his mum & Mira filzah’s hand. Dua insan penting dalam hidup kan”

Ciapan ini sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen kerana ada yang menganggap mereka ini terlalu obses dengan selebriti itu.

 

Ada juga yang membalas ciapan itu dengan ciapan lucu, lihat sahaja reaksi mereka di bawah!

 

 

 

Come on guys! Biarkan lah mereka memuji. Kan lebih elok bercakap benda yang baik dari yang tidak baik? Peace!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest