Connect with us
Hot Kool Jam

Rilis

This Is Malaysia, Single Terbaru Izzue

Lagu ini dicipta sebagai lambang cinta Izzue kepada negara.

Published

on

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam buat pertama kalinya muncul dengan lagu patriotik sempena Kemerdekaan serta Hari Malaysia berjudul This Is Malaysia.

Menurut Izzue, lagu berkenaan hasil ciptaan bersama isteri Awin Nurin khas bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

“Tahun lalu, saya pernah merakamkan lagu berjudul My City yang berkisar pada kecintaan terhadap negeri sendiri, Kelantan. Kini, saya dan isteri menghasilkan pula This Is Malaysia bagi menunjukkan semangat cintakan negara.
“Penghasilan lagu ini antara cara saya meluahkan rasa cinta dan kasih pada tanah air,” katanya.

Mula dikongsi di pelantar digital pada 24 Ogos lalu, Izzue berharap lagu This Is Malaysia diterima baik oleh masyarakat.

“Saya berharap, ia mampu menambat hati semua golongan masyarakat dengan muziknya yang bersifat santai atau lebih tepat, ‘easy listening’. Lagu ini juga ditujukan kepada negara kita dengan harapan Malaysia terus maju, aman dan harmoni,” ujarnya lagi.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest