Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Thread IKEA Kena Kecam, Netizen Terus Support Wanita Ini

Share ilmu pun kena kecam kan?

Published

on

Rasanya mungkin semua sudah tahu bahawa gedung perabut terkenal IKEA yang berasal dari negara Sweden itu mempunyai restoran makanan yang tersendiri.

Di Malaysia, IKEA hanya mempunyai beberapa cawangan sahaja iaitu di Cheras, Mutiara Damansara, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Disebabkan itu mungkin ada antara kita yang tidak mengetahui cara untuk membuat pesanan di restoran IKEA kerana cawangannya tiada di setiap negeri.

Maka dengan itu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Siti Jamil terpanggil untuk membuat satu thread tentang cara untuk membuat pesanan dan menu apakah yang boleh kita dapatkan memandangkan dia baru sahaja berkunjung ke IKEA bersama dengan pasangannya.

Ciapan yang ditulisnya sejak 20 September lalu telah mendapat sebanyak hampir 23,000 Retweet dan ramai yang berterima kasih atas twit wanita tersebut kerana ia sangat membantu untuk mereka yang tidak biasa berkunjung ke restoran tersebut.

Pada masa yang sama, Siti juga memberi pendapat tentang rasa makanan yang pernah dia dan pasangan makan di sana berdasarkan pengalaman sendiri.

Ramai netizen turut bersetuju dengan thread tersebut dan menambah pendapat mereka tentang tips dan trick ketika makan di restoran tersebut.

Di ruangan komen kita dapat tengok betapa ramainya rakyat Malaysia yang menyukai perkongsian Siti ini.

Namun dalam ada yang suka, terdapat segelintir netizen yang seakan-akan bitter dengan perkongsian tersebut sehingga memberi kata-kata yang kurang enak tentang Siti dan pasangan.

Ada beberapa netizen beranggapan bahawa thread itu tidak sepatutnya dibuat kerana ia seolah-olah menunjukkan Siti baru pertama kali berkunjung ke restoran IKEA sampai nak buat thread panjang berjela begitu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menjadi ‘polis fesyen’ kerana beranggapan outfit yang dikenakan oleh Siti itu tidak sesuai apabila dia menggayakan kasut tumit tinggi bersama dengan stokin.

Alamak! Tak salah pun dia pakai stokin, elok la menutup aurat kan?

Cantik je tengok dia pakai macam tu, sopan lagi ditambah pula dengan outfit yang simple itu, tak ada la over atau menyakitkan mata yang melihat.

Tak ada salah pun pada perkongsian Siti itu kerana ia hanyalah sebagai perkongsian berguna untuk kita semua, tak perlu nak kecam okay?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest