Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Tiada ‘Orang Ketiga’, Afieq Shazwan Dan Wani Kayrie Kembali Rapat

“Dari situ, kami perbetulkan kembali kesilapan yang pernah dilakukan…”

Published

on

Sebelum ini pasangan penyanyi, Afieq Shazwan dan Wany Kayrie dikatakan bercinta, namun telah mula dingin sejak Ogos lalu. Desas-desus mengatakan mereka dingin disebabkan wujudnya ‘orang ketiga’ di dalam perhubungan mereka. Afieq juga turut mengaku mereka tidak lagi berhubung.

Disuruh bercinta dengan Afieq Shazwan, Wani Kayrie kata tak boleh! - Video | mStar

“Memang tidak dinafikan, kami sudah lama tidak menghubungi antara satu sama lain. Saya sibuk dan Wany tidak ‘menang tangan’ kerana hendak menghasilkan lagu baharu.

Namun baru-baru ini pasangan ini dilihat bersama menghadiri sebuah program pelancaran, sekali gus menimbulkan pertanyaan adakah mereka sudah kembali bersama?

Afieq, Wany sudah okay' | Selebriti | Berita Harian

Kredit Gambar : BH Online

Menurut laporan BH Online, Afieq dan Wany ketika ditemui, masing-masing malu-malu dan serba salah. Namun, mereka cukup profesional menjawab soalan berdasarkan kenyataan yang pernah diberi.

Menjelaskan perkara yang berlaku di antara mereka itu, Afieq mengaku apa yang berlaku berpunca daripada dirinya. Malah turut menafikan, tiada dakwaan ‘orang ketiga’ di dalam perhubungan mereka.

“Semua yang berlaku memang berpunca daripada saya. Afieq mula-mula terasa hati sehingga mengeluarkan kenyataan hubungan kami dingin.

“Apabila perkara itu berlaku, terbitlah artikel yang memaparkan kami saling berbalas kenyataan. Sekarang, antara kami sudah okay.

Afieq turut menjelaskan bahawa mereka masih lagi berkawan dan bakal menghasilkan projek bersama-sama.

“Kami masih lagi berkawan, saling berhubung dan kembali rapat seperti dahulu. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami akan menghasilkan projek bersama,” 

Apabila ditanya apa yang membuatkan mereka bersikap matang dalam menyelesaikan konflik di antara mereka, Wany berkata, dia dan Afieq mahu lebih profesional dan sanggup mengetepikan ego masing-masing demi menjaga perhubungan yang sudah lama terjalin.

“Kita kenalah profesional… Lagipun kami belajar di tempat sama. Hendak bergaduh lama-lama tidak guna kerana kami dalam industri serupa.”

“Selepas ini, kami akan melancarkan projek bersama pula. Mana-mana hal peribadi, kita lupakan sahaja. Kami berkawan macam biasa sekarang,” jelas Wanie.

Sempat diusik dengan pertanyaan adakah hubungan mereka kembali terjalin, Afieq tidak menolak tanggapan itu malah mengakui sudah memahami antara satu sama lain.

“Saya faham Wany ramai kawan. Wany juga tahu saya ada ramai teman. Masing-masing pernah cuba membawa haluan sendiri tapi sukar kerana yang ada persefahaman, hanya kami berdua.

“Itulah yang membuatkan kami rapat semula. Kongsi masalah bersama. Kami juga banyak menghabiskan masa berdua kerana sudah faham jadual masing-masing.

“Dari situ, kami perbetulkan kembali kesilapan yang pernah dilakukan,” luah Afieq.

Alhamdullilah, semoga Afieq dan Wany belajar dari kesilapan, mana lah tahu jodoh panjang boleh naik pelamin sama-sama, Eh!

Baca artikel sebelum ini : Hubungan Afieq Shazwan Dan Wani Kayrie Semakin Rengang, Berpunca Dari Orang Ketiga?

Sumber dari BH Online.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest