Connect with us
Nite Jam

Inspirasi

Tiga Pengarah Malaysia Lakar Sejarah Di Cannes

Membanggakan! Semoga terus sukses.

Published

on

Nadiah Hamzah, Syed Madnuh dan Emir Ezwan merupakan tiga pengarah kelahiran Malaysia yang mencatat sejarah istimewa selepas meraih pingat gangsa bagi kategori Pesanan Khidmat Masyarakat di anugerah antarabangsa Cannes Lion 2019 di Perancis, Jun lalu.

Siapa sangka video kempen yang bertemakan kepelbagaian kaum dan mesej anti-buli berjudul Voice of The Children berjaya mencuri perhatian juri.

“Kemenangan ini bukan kemenangan individu, sebaliknya atas usaha tiga pengarah dengan kerjasama agensi pengiklanan Leo Burnett Malaysia.

“Sebagai individu yang berada dalam industri pengiklanan, kami tidak pernah mengejar trofi sebaliknya sentiasa berusaha dan mencari idea yang mampu menarik perhatian masyarakat serta niat untuk membawa kesedaran kepada orang ramai,” kata Nadiah.

Selain merangkul anugerah berprestij itu, Voice of The Children juga memenangi beberapa anugerah di acara Kancil Awards 2018 (Gangsa), Adfest 2019 (Emas) dan The One Show (Gangsa). Hebat kan?

Difahamkan juga, tema buli yang diterapkan dalam video kempen itu tercetus daripada Leo Burnett yang mahukan isu memberi mesej dan kesan kepada penonton.

“Leo Burnett sudah ada tema yang ingin dibuat, tapi saya bersama dua rakan lain bergabung tenaga untuk mencari jalan cerita yang mempunyai pendekatan yang paling memberi kesan kepada umum.

“Alhamdulillah ia bukan saja diterima dalam kalangan rakyat Malaysia, malah turut membuka mata negara luar,” katanya lagi.

Nadiah merupakan graduan sarjana dari Universiti New York dalam bidang perfileman dan televisyen dan kini beliau sedang menantikan filem pertama arahannya sendiri berjudul Motif yang akan ditayangkan pada 26 September depan.

Tahniah diucapkan!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest