Connect with us
Hot Kool Jam

Konsert

Tiket Konsert 911 Licin!

Siapa kat sini peminat 911?

Published

on

Selepas 20 tahun, kumpulan popular dari United Kingdom, 911 yang dianggotai Lee Brennan, Simon ‘Spike’ Dawbarn dan Jimmy Constable kini kembali membuat come back di pentas Malaysia.

Konsert 911 The Reunion akan berlangsung Sabtu ini, 22 Jun 2019 di Quill Convention Center, Kuala Lumpur.

Menariknya, tiket mereka telah ‘licin’ dibeli peminat sejak mula dijual pada 15 April lalu.

“Daripada maklumat yang kami terima, sebanyak 1,500 tiket sudah habis dibeli Kami tak sabar membuat persembahan menghiburkan peminat-peminat kami di Malaysia,” kata Lee.

“Harapnya, konsert ini akan mengembalikan memori peminat-peminat yang rindukan kehadiran kami di sini,” katanya.

911 ditubuhkan pada 1995 di England dan popular dengan lagu-lagu seperti Night To Remember, Love Sensation, Don’t Make Me Wait dan Body Shakin’.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest