Connect with us
Hot Kool Jam

Konsert

Tiket Konsert Boyzone Laris Terjual!

Siapa yang tidak mengenali kumpulan Boyzone yang terkenal dengan lagu Love Me For A Reason pada satu ketika dahulu?

Published

on

Kumpulan pop legenda dari Ireland Boyzone bakal menggegarkan Malaysia menerusi konsert Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019 yang dijadual berlangsung pada 14 Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam.

Untuk pengetahuan, kumpulan ini akan bersara buat selama-lamanya selepas menjayakan siri jelajah Thank You & Goodnight Farewell Tour.

Mereka sangat terkenal dengan lagu-lagu popular seperti No Matter What, Everyday I Love You, Love Me For A Reason dan All That I Need.

Untuk konsert terakhir ini, lebih 5,000 orang akan hadir menonton konsert berkenaan apabila tiket dilaporkan sudah terjual lebih 80 peratus!

Boyzone adalah sebuah kumpulan terkenal berasal dari Ireland yang ditubuhkan sejak 1993, dianggotai oleh Ronan Keating, Shane Lynch, Keith Duffy dan Mikey Graham.

Untuk rekod, Boyzone pernah mengadakan persembahan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada Ogos 2018 bersempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-25.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest