Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

Tindakan Nelayan Potong Tali Pada Badan ‘Whale Shark’ Dipuji Rakyat

Comel dia libas-libas ucap terima kasih..

Published

on

“Syabas & Tahniah kepada mereka yang sangat baik hati, berani menolong & memotong tali di badan ikan yang besar itu.”

Itulah pujian yang dilontarkan oleh masyarakat selepas tularnya satu rakaman memaparkan seekor ikan yu paus meminta ‘pertolongan’ sekumpulan nelayan kerana badannya tersangkut pada tali jala.

Video yang berdurasi 1 minit 53 saat itu dimuat naik di akaun Facebook Persatuan Haiwan Malaysia yang kemudian dikongsi oleh Twitter rasmi 999 Malaysia.

Di dalam video berkenaan, ikan yu paus itu dilihat menghampiri sebuah kapal nelayan untuk meminta bantuan melepaskannya daripada tali tersebut kerana ia menghalang pergerakannya.

Menyedari hal itu, beberapa nelayan berusaha untuk membebaskan ikan yu paus itu dengan memotong tali berkenaan.

Akhirnya, ikan yu paus itu berjaya dibebaskan dan melibaskan ekornya sebelum kembali berenang ke dalam laut.

Muat naik berkenaan mendapat perhatian ramai netizen sehingga ada yang mengucapkan tahniah kepada sekumpulan nelayan di dalam video tersebut.

  • @eizznieze: Terima kasih pada insan yg menolong Whale Shark ini. Semoga tuhan memperluaskan pintu rezeki & dipermudahkan segala urusan kalian.
  • @aaasshasssas: kemain comel lagi dia dok dendiam masa orang nak keluarkan plastik dekat badan dia tu
  • @NazirulAfiq: Proud of you abg2 nelayan! Moga mereka semua dipermudahkan segala urusan

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest