Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Tipulah Saya Tak Sedih”- Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Bercelaru Selepas Bercerai

“Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi…”

Published

on

Bermula dengan tidak tinggal sebumbung bersama bekas suami, pelakon Sharifah Sakinah sah bercerai pada Mei lalu dan berkata dia masih belum bersedia untuk bercakap mengenai soal rujuk semula bersama bekas suami.

Akui kehidupannya bercelaru selepas bercerai, Sakinah berkata dia memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

“Sejujurnya, hidup saya agak haru-biru kerana perceraian baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi.”

“Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik,” kata Sakinah.”

Turut berkongsi, Sakinah berkata dia berasa lega selepas bercerai kerana tiada lagi tuduhan negatif dilemparkan kepada bekas suaminya, Aliff Adha. Ujarnya lagi, dia tidak boleh menjadi isteri yang baik, sedangkan Aliff suami yang sangat baik.

“Saya lega selepas kami bercerai kerana tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang menuduh dia dayus dan takut isteri. Kami berpisah secara baik dan tidak bergaduh.

“Tipulah jika saya langsung tidak berasa sedih. Hati ini masih sakit kerana kami bercinta dan berkenalan sudah lama. Namun, perceraian menjadi jalan terbaik buat kami dan kami perlu teruskan,” katanya.

 

Baca artikel sebelum ini : “Biarlah Saya Dan Dia Bahagia Dengan Cara Masing-Masing”, Sharifah Sakinah Sah Bercerai

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest