Connect with us
Projek Radio

Drama

Tiru Watak Lailerrr, Sharifah Sakinah Puji Lakonan Riena Diana

Lailer memang masuk air! Hehe…

Published

on

Rasanya kehangatan drama Kampung People masih terasa sehingga hari ini biarpun telah berakhir minggu lalu.

Terdahulu, salah satu pelakonnya yang mendapat perhatian ramai, Riena Diana ada mendedahkan dua nama yang menjadi rujukannya bagi membawa watak Laila atau Lailer iaitu pelakon, Sharifah Sakinah dan juga personaliti media sosial, King Coco.

Sepanjang drama berkenaan disiarkan menerusi TV3, ternyata formula digunakan Riena membawa kepada kejayaan apabila ramai yang menyukai watak Lailer yang pelat berbahasa Melayu dan menggunakan ‘slang’ dalam kehidupan seharian.

Gelagat gila-gilanya itu turut menarik perhatian pelakon rujukannya sendiri iaitu Sharifah Sakinah yang memuatnaik satu video meniru gaya Lailer di Instagram.

View this post on Instagram

Hi @sherry_alhadad . Ni la kampung people bila masuk bandar . Good job lailerrr .can someone tag her

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Pelakon drama Utusan Cinta Buat Adam itu memuji watak Lailer selain meminta pengikut untuk tag laman Instagram Riena.

“Hi @sherry_alhadad . Ni la kampung people bila masuk bandar . Good job lailerrr .can someone tag her,” tulisnya.

Lantas, Riena yang teruja membalas pujian itu dengan berterima kasih kepada selebriti terkenal itu.

Selain itu, pengikut Sakinah juga berpendapat dia sangat sesuai membawa watak yang dilakonkan oleh Riena.

Apa-apa pun, kedua mereka memang crack habis dan masuk air!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest