Connect with us

Drama

Tiz Zaqyah, Arslan Mula Cipta Nama

Jangan lupa tonton Sara Sajeeda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Published

on

Drama Sara Sajeeda yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 menjadi batu loncatan buat pelakon, Tiz Zaqyah dan Arslan Asad dalam mencipta nama di dalam bidang lakonan.

Malah, nama mereka semakin dikenali ramai memandangkan peminat suka dengan gabungan pelakon Malaysia dan Pakistan itu.

Menurut Tiz, dia begitu bertuah apabila dapat menimba pengalaman bekerja dengan pelakon dan kru produksi  negara berkenaan.

“Saya melakonkan watak Sara dalam drama arahan Eoon Shuhaini ini. Tidak dinafikan pelakon Pakistan kebanyakannya cantik dan kacak. Jadi, saya berasa sangat bertuah dapat memegang watak utama dalam naskhah membabitkan pelakon dari negara berkenaan. Ia rezeki yang tidak mampu ditolak.

“Bayangkan, selepas berkongsi foto bersama Arslan di Instagram, sudah ramai pengikut dan kawan yang tidak sabar menunggu drama ini ditayangkan,” kata ketika ditemu bual wartawan, Sudirman Mohd Tahir.

Berkongsi mengenai skrip dan proses penggambaran pula, masing-masing begitu profesional dan saling bantu membantu sekaligus memudahkan seluruh pihak produksi.

“Pihak produksi menterjemahkan skrip untuk memudahkan pelakon dan kru Pakistan. Biasalah, masalah bahasa pastinya ada apabila bekerja dengan orang luar.

“Saya melihat ini peluang untuk dikenali di negara mereka apatah lagi selepas bekerjasama dengan kru dan pelakon di sana.

“Bekerja dengan Arslan sangat mudah. Dia pun pelakon yang hebat. Tidak sukar untuk kami mencipta keserasian. Masing-masing faham apa yang ingin disampaikan,” ujar Tiz lagi.

Selain Tiz dan Arslan, pelakon lain yang terbabit dalam drama Sara Sajeeda termasuklah Anmol Baloch (Sajeeda), Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Mas Anizan dan Uyaina Arshad.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest