Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Tiz Zaqyah Bercinta Dengan Jejaka Pakistan?

Kacaknya! Beruntung jadi Tiz.

Published

on

Kalau anda sering mengikuti perkembangan pelakon Tiz Zaqyah, sudah pasti anda perasan beliau ada memuat naik foto bersama jejaka kacak Pakistan.

Untuk pengetahuan, Tiz sebenarnya bakal muncul dengan drama terbaru di TV3 bertajuk Sara Sajeeda terbitan Zeel Production.

Menerusi drama 30 episod tersebut, Tiz memegang sebagai watak utama dan akan bergandingan bersama hero popular Pakistan, Arslan Butt yang menghidupkan watak Fawwad.

Selain itu, karya terbaru arahan Eoon Shuhaini itu turut menampilkan pelakon wanita Pakistan iaitu Anmol Baloch yang memegang watak Sajeeda.

Untuk pengetahuan, sebahagian daripada penggambaran drama ini dijalankan di Pakistan dan dijangka disiarkan menerusi slot Samarinda selewat-lewatnya pada Oktober depan.

Selain Tiz, drama Sara Sajeeda turut dibintangi Fouziah Gous, Alizeh Shah, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Aidit Noh, Tasha Shilla, Datuk Yusuf Haslam, Uyaina Arshad, Mas Anizan, Nisho Begum, Saima Saleem, Aliha Chaudry, Isha Noor dan Farhan Ali Mali.

Nantikan kisah cinta di antara seorang gadis Malaysia dengan jejaka tampan dari Pakistan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest