Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

Tonton Di Sebalik Tabir It’s Okay To Not Be Okay, Minit Ke 8:44 Buat Ramai Cair!

You memang sangat cute!

Published

on

Drama bersiri Korea yang ketika ini sedang hangat diperkatakan tentunya It’s Okay To Not Be Okay! Dibintangi oleh Kim Soo-hyun dan Seo Yea Ji di mana ia mula ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix pada 20 Jun lalu.

It’s Okay To Not Be Okay mengisahkan tentang pertemuan Moon Kang Tae (Kim Soo-hyun), pemuda yatim piatu yang bekerja di pusat psikiatri dan Go Moon Young (Seo Ye-ji), seorang penulis buku kanak-kanak terkemuka di negara berkenaan yang menderita akibat gangguan kepribadian antisosial.

Lakonan mantap antara dua selebriti ini akhirnya berjaya menarik perhatian ramai selepas tersebarnya video di sebalik tabir di laman YouTube.

Kalau anda betul-betul mengikuti perkembangan aktor tersebut, media sebelum ini pernah menyiarkan kenyataan di mana beliau adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di negara berkenaan.

Memang tidak disangkal lagi kenyataan itu kerana jika anda menonton video di sebalik tabir, anda dapat lihat keyakinan beliau dalam menyampaikan watak yang di bawa.

Bukan sahaja melakonkan, malah terdapat segelintir individu turut berpendapat bahawa pelakon itu sebenarnya berbakat dalam mengarah sesebuah drama ataupun filem. Cayalah!

Apa-apa pun, anda masih boleh menyaksikan drama ini setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9:30 malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest