Home > #PenaHot > Trend Terbaru : Gaya Bulu Hidung Terkeluar!

Trend Terbaru : Gaya Bulu Hidung Terkeluar!

Bermacam-macam jenis trend kecantikan yang menjadi tular hari ini. Kalau dulu gincu bibir bermula dari warna merah kini ada yang mengenakan warna ungu, hijau dan sebagainya. Begitu juga dengan kening yang juga kini boleh digayakan dan dilukis mengikut citarasa si pemakai.

Kini trend terbaru dengan menggayakan bulu hidung. Ya bulu hidung. Dimulakan oleh seorang pengguna instagram @gret_chen_chen kemudian menjadi tular dan dikongsi oleh netizen di media sosial.

Nose hair extension #nosehair #lashes #extensions #beauty #selfie #eyelashextensions #falselashes #加藤一二三

A post shared by GretChen Chen (@gret_chen_chen) on

Tetapi sebenarnya bukanlah bulu hidung sebenar yang terkeluar tetapi dia menggunakan bulu mata palsu yang diletakkan di lubang hidungnya. Kelakar atau ada style?

Jika anda merasakan sambungan bulu mata di hidung ini kelakar, tidak pada seorang blogger kecantikan iaitu Sophiehannahrichardson yang telah memuatnaik video tutorial sambungan bulu mata di lubang hidung.

Amacam korang nak cuba tak? Rasanya gaya ini juga sesuai untuk lelaki yang malas nak trim bulu hidung sampai terkeluar dari lubang hidung. Hihihihi.

 

Leave a Reply