Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Trending #1 di Youtube, Lagu Baharu Floor 88 “Hutang” Cecah 2 Juta Tontonan

Selalu nama perempuan, tapi kalini…

Published

on

Muzik video lagu baharu berjudul Hutang, hasil nyanyian kumpulan Floor 88 kini trending di laman YouTube.

Berada di kedudukan pertama carta trending, lagu ini berkisarkan hutang berdasarkan hidup kisah benar salah seorang anggota kumpulan itu menerusi temubualnya bersama dengan Geng Pagi Hot pagi tadi.

Mula dilancarkan pada 29 Julai lalu di laman YouTube, Hutang kini meraih lebih 2 juta tontonan.

Sementara itu, Floor 88 turut menyatakan sebab mengapa lirik mereka menggunakan perkataan tepuk amai-amai, buai laju-laju dan sebagainya.

Ini kerana sasaran penonton atau pendengarnya kini adalah kanak-kanak dan jika lagu berkenaan menjadi siulan golongan berkenaan, secara tidak langsung ibu bapa juga akan terikut sama.

Sementara itu, pada penghujung klip video berkenaan terdapat sambungan lagu lain dimana perkara tersebut masih lagi menjadi tanda tanya sama ada lagu tersebut akan menjadi single baharu atau tidak.

Apa-apa pun, tahniah Floor 88 semoga terus sukses!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest