Home > #PenaHot > Tukul Besi Thor Memang Berat Tapi 5 Superhero Ini Mampu Mengangkatnya

Tukul Besi Thor Memang Berat Tapi 5 Superhero Ini Mampu Mengangkatnya

Filem terbaru Thor : Ragnarok akan mula ditayangkan hari ini di seluruh pawagam di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, Thor terkenal dengan tukul besinya (Mjolnir) dan hanya dia sahaja yang mampu mengangkatnya. Akan tetapi sekiranya anda seorang peminat komik Marvel, pasti anda mengetahui superhero lain yang pernah mengangkat tukul besi Thor. Thorbaik bukan?

1.Captain America

Dalam komik Fear Itself (2011), Captain America yang berhadapan dengan The Serpent telah kehilangan perisainya kerana hancur. Thor menjatuhkan tukul besinya Mjolnir ke bumi lantas Captain America mengangkat dan menggunakannya untuk menghadapi anak buah The Serpent. Memang Thorbaik.

2.Hulk

Dalam komik Avengers Assemble #4 (2012) Hulk dipengaruhi oleh Thanos. Ketika Thor sedang bertarung melawan Thanos, Hulk telah menahan tangan Thor dan merebut tukul besi Mjolnir daripada Thor. Kemudian Hulk menghentam Mjolnir ke muka Thor #tukulmakantuan

3.Magneto

Dalam komik The Ultimates 3 #5 (2008), Quicksilver dan Scarlet Witch tewas. Magneto merasa teramat sedih sehingga membuatnya mampu menggunakan kekuatan magnetnya untuk mencuri Mjolnir. Magneto sebenarnya tidaklah benar-benar mengangkat Mjolnir tetapi dia mengangkat logam pada Mjolnir dengan kekuatan magnetnya. Kelebihan itu kemudiannya membantu Magneto membalikkan kutub magnetik bumi.

5.Wonder Woman

Pada April hingga Mei 1996, DC Comics & Marvel Comics telah menerbitkan crossover series. Siri ini menampilkan pertarungan besar di antara superhero Marvel dan DC. Storm (Marvel) telah bertarung dengan Wonder Woman (DC). Manakala Thor (Marvel) bertarung melawan Captain Marvel (DC). Ketika Thor bertarung dia telah kehilangan kuasa ke atas Mjolnir yang kemudian “mendatangi” Wonder Woman.

5.Superman

Pada September 2003 hingga Mac 2004, DC Comics & Marvels Comics telah bersetuju bersama-sama untuk menerbitkan crossover series komik JLA/Avengers #4. Dalam siri ini Superman memimpin Avengers dan Justice League menghadapi Krona. Inilah detiknya Superman mengangkat Mjolnir untuk digunakan melawan musuh tetapi setelah pertarungan tamat, Superman tidak mampu mengangkatnya lagi. Thor memberitahu kepada Superman bahawa Odin telah mengizinkannya mengangkat Mjolnir buat sementara hanya untuk pertarungan itu, selepas menang Superman tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengangkan Mjolnir.

Sebenarnya ada ramai lagi superhero yang mampu mengangkat Mjolnir seperti Conan, Storm dan Loki.

Sumber : Cbr.com, moviepilot.com, wikipedia & alabn.com

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply