Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

Tular 2 Lelaki Marah Guru, Rupanya Salah Faham..

Tidak pasti, jangan kongsi ye

Published

on

Baru-baru ini tular menerusi media sosial sejurus  satu video memaparkan  dua lelaki memarahi seorang guru disebuah sekolah di Bachok, Kelantan.

Dalam video itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati apabila guru tersebut didakwa mengeluarkan kata-kata yang kurang baik kepada isterinya.

Cekgu Jie 发布于 2019年7月21日周日

Malah, individu itu mendakwa tidak mendapat sebarang surat berhubung anak saudaranya yang digantung sekolah namun, guru itu memaklumkan sudah memberi surat tersebut kepada pelajar itu.

Difahamkan lelaki yang memarahi guru itu dipercayai salah faham melibatkan anak saudaranya yang digantung sekolah.

Tambahnya, 2 lelaki terbabit telah menyerbu ke sekolah dan mengasari Guru Penolong Kanan yang berusia 52 tahun.

Difahamkan, sekolah akan mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan lanjut berhubung insiden berkenaan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, setakat ini, pihaknya tidak mendapat laporan berhubung kejadian itu.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest