Connect with us
Nite Jam

Konsert

Tulus Berjaya Pukau Peminat Malaysia

Memang best gila!!

Published

on

Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sejak tahun 2011, penyanyi irama jazz R&B dari Indonesia, Tulus dengan cepat menarik perhatian peminat.

Mula menarik perhatian pendengar di Malaysia dengan lagu berjudul Pamit daripada album ketiganya iaitu Monokrom yang dilancarkan dua tahun lalu, penyanyi yang berasal dari Bukit Tinggi Indonesia ini terus memahat populariti di negara ini.

Sabtu lalu (3 Ogos 2019), Tulus kembali mengubati kerinduan peminat menerusi konsert jelajah Sewindu Tour Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ini bukan kali pertama konsert Tulus dianjurkan, malah sebelum ini, dia telah menjayakan konsert solo #TULUSinMalaysia 2018 di Istana Budaya.

Menerusi konsert tahun ini, Tulus kembali menghiburkan peminat seiring dengan sambutan lapan tahun penglibatannya dalam industri.

Membuka konsert dengan lagu berjudul Baru menerusi album Gajah, peminat terus menyanyikan lagu berkenaan bersama-samanya apabila dihulurkan microfonnya ke arah penonton.

Meneruskan slot persembahan, Tulus menyampaikan lagu seperti Jatuh Cinta, Gajah, Ruang Sendiri dan Tukar Jiwa.

Turut disampaikan dalam konsert tersebut adalah lagu daripada album terakhirnya Monokrom seperti Cahaya dan medley daripada album sulungnya dengan judul-judul seperti Taman Pesta dan Kisah Sebentar.

Kelibat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid turut kelihatan bagi memberi sokongan terhadap Tulus.

Ruang dewan turut sunyi seketika apabila Tulus menyampaikan lagu nyanyian asal Sheila iaitu Cinta Jangan Kau Pergi.

Pada penghujung konsert tersebut, Tulus melabuhkan tirai konsertnya bersama segala penghormatan dan lambaian tanda terima kasih kepada peminat yang tidak berhenti menyokongnya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest