Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Tutup Kisah Lama, Alya Iman Tayang Kebahagiaan Bersama Kekasih Baharu

”Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu”…

Published

on

Terdahulu tular kisah panas seorang pelakon dan model iaitu Alya Iman, menjalinkan hubungan bersama suami orang. Meninggalkan kisah lama itu dibelakang, Alya kini mengakui selesa menjalin cinta dengan kekasih barunya iaitu Ridhwan Rosli yang merupakan seorang duda anak dua.

Pelakon dan model yang juga merupakan anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha berkata, dia sudah lama mengenali Ridhwan.

“Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu.”

“Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jenjang pelamin, Insya-Allah,” katanya.

Berkongsi mengenai kontroversinya dengan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya berkata dia sudah ‘move on’ dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.

“Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburukan atau kesalahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah.

“Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah ‘move on’.

”Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari netizen, saya tak mahu ambil hati sangat”

Alya juga berharap agar hubungan dia bersama Ridhwan berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest