Kejutan ringkas yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu tampak meriah dengan kehadiran kenalan rapat.
Menerusi posting lain di laman Instagram, Fazura turut memuat naik sebuah kompilasi video yang memaparkan kenangan manis antara mereka berdua serta kapsyen.
Menurut Fazura, video kali ini lebih panjang kerana Fattah adalah perkara yang terindah buat dirinya dan ia adalah sambutan terakhir sebelum kehadiran anak yang bakal dilahirkan.
Pelakon yang popular menerusi filem Gol & Gincu itu turut mengakui sebak ketika memikirkan kehadiran Fattah dalam hidupnya selain berterima kasih kerana telah menjadi suami, teman hidup, bakal ayah dan paling penting rakan baiknya.
“Throughout this new journey together, you’ve not only been so greatly patient and understanding with my ridiculous demands, mood swings and sleepless nights. You even took the blame when it was clearly mine, held me close when I cried for petty stuff, giving me countless of massages in the middle of the night, helped me put on my compression socks when I couldn’t go pass my knees, telling me I look beautiful even when I walk funny.”
Fazura turut menzahirkan rasa syukur kerana beliau dan bayi yang bakal dilahirkan memiliki Fattah dalam kehidupan mereka.
Aww! So sweet Faz! Hot FM mengucapkan Happy Birthday Fattah! Semoga panjang umur dan terus dimurahkan rezeki..
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Which cookies and scripts are used and how they impact your visit is specified on Dasar Privasi.
NOTE: These settings will only apply to the browser and device you are currently using.
Dasar Privasi
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Terma Penggunaan
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.