Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Selebriti

Ucapan Istimewa Lia Natalia Buat Ayda Jebat

Happy belated birthday, Ayda!

Published

on

Pada tanggal 17 Mac lalu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat telah menyambut ulang tahun ke-28.

Rakan artis, Lia Natalia yang juga merupakan sahabat baik kepada Ayda ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari bermakna itu.

Perkara itu ditulis panjang lebar menerusi laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Awak @aydajebat … Kita kenal dari tahun 2011 awak keluar AF & saya keluar Pilih Kasih alhamdulillah sampai sekarang persahabatan kita. Dari kita tinggal satu rumah susah awak susah saya kita je yang tau dulu macam mana. Walaupun sekarang awak dah terbang tinggi diatas tapi awak still Nur Suhada Binti Jebat yang sama seperti dulu. Macam2 dugaan dan rintangan yg awak lalui biarpun orang nampak awak happy go lucky tapi hanya orang yang tertentu je tau awak macam mana. Harini sempena hari lahir awak yang ke28 hari yang sangat2 istimewa untuk awak. Finally lelaki idaman awak, doa awak semuanya dah terjawab. Ingat orang baik adalah untuk orang yang baik. Untuk @nabilmahir please jaga ayda dengan baik sepertimana family dia jaga dia. Please bagi date nikah cepat!!! I’m happy for you guys @aydajebat & @nabilmahir 🌹 . Iloveyou lovebirds ❤️ . Wuvvv Wuvvvv😘 . #LiaNatalia #AydaJebat #Wuvv #ComingSoon #GettingMarried #Love #Happy #Friendship #AirMataMengalirSambilBuatCaption

A post shared by Lia Natalia (@lia_natalia) on

Dalam pada itu, Lia yang sudah mengenali Ayda sejak 2011 mengakui bersyukur penyanyi lagu Better Than You itu akhirnya menemui lelaki idamannya selain berharap Ayda dijaga dengan baik.

Untuk pengetahuan, Ayda kini menjalin hubungan cinta bersama seorang pengacara, Nabil Mahir.

Dilamar kekasih dengan sebentuk cincin pada hari jadi, Ayda menerusi laman Instagram miliknya menganggap ia merupakan hadiah ulang tahun kelahiran yang paling istimewa.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest