Connect with us
Hot Kool Jam

Inspirasi

“Uncle CINA Tak Ada Bekalan Elektrik, Kakak INDIA Tolong Call TNB, Aku MELAYU Datang Tolong”

Inilah semangat satu Malaysia!

Published

on

Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, bahasa dan latar belakang.

Satu Malaysia…itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan kejadian yang berlaku di Damansara Damai pada Selasa lalu.

Seorang jejaka bernama Hafifi Hafiz Mohd Razib menerusi laman Facebooknya telah berkongsi kisah tentang dirinya, seorang warga emas berbangsa Cina, dan seorang kakak berbangsa India.

Difahamkan, lelaki Cina berusia 90-an itu mengalami masalah bekalan elektrik di rumahnya ketika sedang bersendirian, lalu dia mendapatkan bantuan jirannya yang berbangsa India.

Kemudian, Hafifi yang bertugas di TNB sebagai technician menerima panggilan lalu datang membantu mereka.

Ternyata, perkongsian positif dari Hafifi itu mendapat pujian ramai di Facebook.

Semoga cerita ini memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam mengekalkan semangat perpaduan di negara tercinta, Malaysia.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest