Connect with us
Nite Jam

Eksklusif

Universiti Ini Menjadi Pilihan Pelajar Untuk Sambung Pengajian

Ini antara alasan-alasan yang kerap digunakan jika ditanya mengapa tidak mahu sambung belajar.

Published

on

Baru-baru ni heboh di media sosial berita gembira para lepasan SPM berkongsi penempatan mereka di Institusi Pengajian Tinggi. Ada yang dapat pilihan sendiri ada juga bukan pilihan, namun itu tidak menjadi halangan untuk masing-masing bersyukur dan meraikan keseronokan mereka. Di kala ramai pelajar  begitu teruja untuk menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi, ada juga segelintir yang mengambil langkah berdiam diri kerana tidak berminat untuk belajar lagi. Ini antara alasan-alasan yang kerap digunakan jika ditanya mengapa tidak mahu sambung belajar.

 

Tak Mampu Bayar Yuran

Tidak semua antara kita bernasib baik dibesarkan oleh keluarga yang berkemampuan dalam segala hal terutama pendidikan. Yuran pengajian menjadi halangan utama para pelajar untuk mendaftar masuk ke sesebuah institusi demi mengejar impian mereka. Walaubagaimanapun, ada universiti yang memahami kesulitan mereka. UNITAR menawarkan pembelajaran 100% ditanggung PTPTN dengan diskaun yuran sehingga 30%.

 

Memerlukan Pendapatan Tetap

Ekonomi keluarga yang tidak stabil memaksa mereka untuk menjana pendapatan tetap. Oleh itu belajar sepenuh masa akan memberi tekanan kepada mereka kerana tidak dapat menjimatkan wang. Boleh berdikari dan keinginan menjana pendapatan sendiri tanpa membebankan keluarga adalah punca mereka tidak minat untuk belajar lagi. Jika hal ini yang merunsingkan anda, apa kata kerja sambil belajar? Daftar untuk program Work-Study di UNITAR untuk peluang pekerjaan sebenar, pengalaman kerja sebenar dan pendapatan sebenar dengan lebih daripada 50 rakan strategic GLC dan MNC seperti McDonald, Maxis dan DHL.

 

Berat Hati Meninggalkan Rumah

Jangan ingat remaja perempuan je yang manja dengan mak ayah tapi ada juga remaja lelaki yang tidak boleh berpisah dengan ibu dan bapa mereka. Dari kecil asyik berkepit celah ketiak mak, bila besar tak boleh nak berjauhan sikit. Ini hal kecik je, UNITAR ada 11 lokasi pembelajaran termasuk Kampus Induk di Petaling Jaya dengan kemudahan bertaraf dunia, jadi takde masalah rasanya untuk pilih lokasi pembelajaran yang paling dekat dengan rumah. Pembelajaran jarak jauh secara Online juga disediakan untuk program MBA.

 

Keputusan Peperiksaan Tidak Bagus

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Keputusan tidak gempak macam orang lain antara faktor pelajar tidak mahu sambung pengajian kerana mereka malu nak memohon universiti takut tidak layak. Tapi jika anda cukup 5 kredit, anda layak untuk Program Asasi di UNITAR dengan PERCUMA. UNITAR juga menawarkan Sijil dalam Pengajian Perniagaan dan Operasi Hotel. Selain itu, program Work-Study membolehkan pelajar mulakan karier sebenar terus lepas SPM tanpa menjejaskan pelajaran.

Selain pembelajaran ditanggung PTPTN 100% dan diskaun 30% , 11 lokasi pembelajaran UNITAR juga dilengkapi pelbagai kemudahan moden bertaraf dunia. Tak perlu risau tentang tempat tinggal sepanjang tempoh pengajian kerana UNITAR menyediakan asrama. Jika belajar di Kampus induk UNITAR di Petaling Jaya, pelajar boleh menetap di asrama UNITAR yang menawarkan tempat tinggal selesa dengan pelbagai kemudahan untuk mereka.

Dan yang paling penting, semua kursus di UNITAR mempunyai akreditasi MQA dan diiktiraf Kementerian Pendidikan Tinggi. Belajar tinggi-tinggi tapi susah nak cari kerja? Jangan runsing, kadar kebolehpasaran graduan UNITAR sangat tinggi. Dengan lebih 50 kerjasama rakan strategik dalam negeri, graduan UNITAR akan ditawarkan latihan industri oleh syarikat-syarikat bereputasi tinggi seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan.

UNITAR berjaya menukarkan setiap alasan anda kepada peluang pengajian yang berkualiti. Layari www.unitar.my untuk maklumat lanjut. Anda juga sudah boleh mendaftar untuk pengambilan September.

 

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest