Viral
Usus Tersumbat Gara-Gara Minum ‘Bubble Tea’
Bahaya kalau minum sampai tak ingat dunia.
Bubble tea sekarang ni memang menjadi ‘trend’ baik kepada yang muda mahupun tua.
Bila buka sahaja media sosial, pastinya tidak sah jika tidak melihat orang memuat naik gambar beratur di barisan yang panjang demi mendapatkan secawan bubble tea.
Namun, sedarkah betapa bahayanya minuman itu kepada diri kita jika diambil secara berlebihan.
Menerusi satu portal hiburan online, satu lagi kes melibatkan bubble tea telah mengakibatkan seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan.
Lelaki berusia 20an dari Vietnam mengadu sakit perut selepas 20 hari meminumnya.
Nekad membuat pemeriksaan di hospital, doktor mendapati lelaki itu mengalami usus tersumbat gara-gara makanan tidak hadam sepenuhnya.
Doktor juga harus melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya kerana ketulan itu terlalu keras.
Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya lelaki itu bekerja di kedai minuman boba dan mengakui menukar makanan utama harian kepada hanya minun minuman bubble tea sebanyak tiga kali sehari.
Fuh, bahayanya apa yang dilakukan lelaki Vietnam ini. Semoga kita semua belajar dari kisah ini dan sentiasa beringat.
Nak minum bubble tea bukanlah tak boleh, tapi pastikan tidak berlebihan sehingga membawa padah kepada diri sendiri.
-
Onz4 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti3 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti3 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya
-
Onz1 week ago
‘Perang’ Selipar Muslim Friendly Dan Wallet Friendly, Netizen Pening Nak Pilih Mana Satu
-
Eksklusif3 weeks ago
Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Sebenarnya Untuk Siapa? Ini Yang Korang Patut Tahu