Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

V BTS Bakal Keluarkan Mixtape!

Mesti ramai BTS ARMY tak sabar!

Published

on

Baru-baru ini, kecoh dalam kalangan peminat BTS gara-gara episod baru rancangan realiti mereka In The Soop episod 5 kerana V BTS memainkan sebuah lagu ketika dia sedang berehat di atas sampan.

Lagu yang dimainkan itu dipercayai adalah salah satu lagu dari mixtape V BTS bakal dikeluarkan dan ARMY menamakan unknown mixtape itu sebagai ‘KTH1’.

Sebelum ini, V BTS kerap membuat video live di aplikasi VLIVE dan berinteraksi bersama peminat, berbual mengenai harapan dan impiannya untuk mengeluarkan mixtape sendiri. 

V BTS juga sebelum ini pernah mengeluarkan lagu single seperti Scenery, Winter Bear, dan Sweet Night yang dicipta oleh dirinya sendiri. 

Teruja dengan cuitan lagu yang dimainkan oleh V, ada beberapa ARMY telah “menyelidik semula” episod In The Soop sebelum ini dan juga segala posting dari akaun Twitter dan Weverse rasmi BTS dan mendapati bahawa sebenarnya ada tiga (3) buah lagu yang telah V tinggalkan sebagai petunjuk mengenai mixtapenya yang bakal keluar.

Selain itu, V juga mengatakan bahawa dia gugup dengan reaksi peminat terhadap lagu-lagunya dan J-Hope sebagai salah seorang ahli yang pernah mengeluarkan mixtape sendiri “Hope World” memberi nasihat kepada V supaya tidak terlalu tertekan dengan menghasilkan muzik mixtape.

Akhir sekali, V juga mendedahkan jangkaan tarikh mixtape tanpa judul itu mungkin bakal dikeluarkan pada akhir tahun ini dan ia juga dijangka mengandungi sekurangnya lapan (8) buah lagu.

Selain mixtape, BTS juga bakal membuat persiapan untuk album seterusnya dan juga konsert MAP OF THE SOUL ON:E yang dijangka keluar pada Oktober ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest