Connect with us
Hot Kool Jam

Onz

Video Anak Shuib Raih Tempat Kedua Pertandingan Hafazan Undang Sebak

Sedihnya..

Published

on

Anak yang dilahirkan ini ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Begitulah perumpamaan yang sentiasa digunakan membawa maksud jika betul cara didikan maka cerahlah masa depannya di dunia dan juga di akhirat kelak.

Terbaharu, pelawak dan penyampai radio Hot FM Shuib berkongsi berita gembira dengan kejayaan anak sulungnya, Uwais Al-Qarni yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan Al-Quran.

Shuib sempat berkongsi rasa terharu menerusi laman Instagram miliknya, dengan memuat naik foto selain video memaparkan gambar anak sulungnya bersama sijil dan trofi yang dimenangi.

Namun, apa yang berlaku pada pertengahan video berkenaan mengundang sebak para pengikutnya apabila anaknya yang kedua Dzakira Talita Zahra tidak meraih sebarang anugerah seperti abangnya.

View this post on Instagram

Ini cerita dia,,,td masa meeting dkt luar atok @raissuddin_hamzah anta gambar Uwais,dia dpt nom 2 Hafazan Al quran dkt sekolah dia…So bila balik teruslah nak rakam video nak tgk muka wais yg dah tentu tgh happy,,,So tgh rekord terjadilah spt dlm video tu,,,Mgkn wais tak de niat ape2,tp Talita dah terkesan dgn apa yg wais ckp,,,,Mula2 muka ok,pastu bila peluk dia,ternyata ayat wais buat dia rasa sgt sgt sedih….😭… Sebenarnya Talita sama mcm bapak dia,akan down bila dibanding2 kan,,,Tp “KEBANGKITAN” dr gagal adalah sgt LUAR BIASA,,,jd mmg dah tau dah lepas ni Talita akan bersungguh2 menghafal Surah2 sbb abang dah jatuhkan air muka dia… Dan as bapak,dpt rasa yg Talita akan jadi better and better dan akan berusaha sungguh2 lepas ni… Go sayangggg Talita… U CAN DO IT!!!! Abang Uwais better watch out 😊😊😊… Hmmmm inilah dia cerita sebuah keluarga…. Anak dan bapak #persuibofhappyness

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Kalau diperhatikan dalam video itu, Talita seakan gembira menyambut kemenangan yang diraih oleh abangnya. Namun selepas di tempelak Uwais, Talita menjadi sebak dan akhirnya menangis.

Tidak menunggu lama, Shuib segera memujuk anak perempuannya itu dengan memberi kata-kata semangat.

Menurut Shuib, sikap Talita sama seperti bapanya yang tidak suka dibandingkan.

“As bapak, dpt rasa yg Talita akan jadi better and better dan akan berusaha sungguh2 lepas ni… Go sayangggg Talita…”

Pada akhir kapsyen yang ditulis, Shuib sempat memberi amaran kepada Uwais supaya berjaga-jaga kerana tidak mustahil Talita turut akan mampu berjaya satu hari nanti.

 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest