Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Video Baru Sofyank, Netizen Risau Member Belakang Otak Beku

Netizen memang prihatin…

Published

on

Bila sebut sahaja nama Sofyank, mesti ada yang sudah mengenali anak muda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Namanya bukan sahaja dikenali di Malaysia. Malah, bakat anak muda ini juga menarik perhatian idolanya sendiri iaitu Zach King.

Sofyank bukan setakat pernah berkolaborasi dengan idolanya, dia juga sebelum ini pernah bekerjasama dengan pelakon terkenal Will Smith dalam menghasilkan sebuah teaser pendek untuk filem Gemini

Pada 7 September, Sofyank kembali menjadi perbualan hangat netizen dengan video loop terbaharunya dengan bermain kad. Walaupun tidak menggunakan animasi yang banyak, ramai netizen yang terkena dengan Sofyank ini tau!

Video berdurasi 9 saat itu telah mendapat lebih 600,00 tontonan dan menarik perhatian orang ramai!

Woah tahniah Sofyank! Walaubagaimanapun, apa yang lebih menarik dalam video tersebut adalah gelagat salah seorang rakan Sofyank yang sedang makan ais krim di belakang.

Gelagat rakannya telah mencuri perhatian kerana sewaktu rakannya sedang makan ais krim itu, eh! Tiba-tiba terkena brainfreeze!

Video berkenaan mencuit hati rama selepas ramai yang risau dengan rakannya yang sedang mengalami  “otak beku”. 

Apa-apa pun, video Sofyank memang tidak pernah mengecewakan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest