Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Video ‘Gelang Pink’ Chazynash Undang Kecaman, Akui Hanya Sekadar Lakonan

Kalau nak berlakon pun berpada-pada la ya…

Published

on

Bahana berlakon seakan-akan memakai gelang merah jambu di tempat awam, seorang Instafamous iaitu Chazy Nash dikecam oleh netizen baru-baru ini.

Macam yang kita tahu, sesiapa yang memakai gelang merah jambu merupakan individu yang baru pulang dari luar negara ataupun mereka yang mempunyai gejala serta perlu menjalani kuarantin di rumah sendiri dan tidak dibenarkan berada di tempat awam.

Pada asalnya video yang dimuatnaik sendiri oleh Chazy itu menunjukkan dia seakan-akan berada dalam tempoh kuarantin kerana jelas di tangannya terdapat gelang merah jambu yang menjadi ‘trauma’ kepada orang awam.

Kononnya dia sedang makan di sebuah restoran seorang diri sebelum aksinya itu diperhatikan oleh pengunjung di sana.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu terus menegur tentang keberadaannya di kawasan awam sebelum mendapati gelang ‘pink’ yang dipakainya itu ialah palsu.

Gelang tersebut jelas tertulis ‘bini larang keluar rumah 2 minggu’.

Alamak, macam tak lawak la pula bila perkara serius macam itu dijadikan bahan lawak kan?

Maklumlah, kita sekarang sedang ‘berperang’ dengan virus Covid-19, tak sesuai juga nak berkelakuan begitu di tempat awam mahupun ia sekadar untuk content video semata-mata.

Sebelum ini berapa ramai individu yang telah didenda kerana melanggar arahan kuarantin, takkan benda macam itu boleh dibuat main?

Maka dengan itu perbuatan Chazy atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Ibni Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail  dikecam oleh netizen dan beranggapan perbuatannya itu agak keterlaluan.

Tuan empunya badan kini tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengatakan bahawa video itu hanya sekadar lakonan kerana ketika itu dia berada di sebuah set pengambaran dan semua ‘pengunjung’ disitu ialah rakannya.

Akibat menerima terlalu banyak kecaman dan kritikan, Chazy mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram miliknya.

Perkara sensitif seperti ini tidak sepatutnya dibuat bahan jenaka, tengok sahaja la berapa ramai yang sudah terkorban akibat virus Covid-19 ini.

Apa pun, sebelum nak buat apa-apa, fikir masak-masak dahulu ya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest