Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

[Video] Ngeri, Detik-Detik Kemalangan Hafizh Syahrin

Bersepai wei..

Published

on

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah dilapor terlibat dalam kemalangan di Litar Red Bull Ring-Spielberg sempena Grand Prix (GP) Austria pada 16 Ogos 2020.

Insiden berkenaan pada mulanya berlaku selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di tengah laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedari kemalangan itu gagal mengelak dan melanggar motosikal pelumba Italtrans Racing Team berkenaan.

Motosikal ditunggang Hafizh dilihat berkecai dan pelumba Openbank Aspar Team itu melambung tinggi di udara.

Kemalangan itu turut membabitkan beberapa pelumba lain iaitu Andi Farid Izdihar (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Edgar Pons (Federal Oil Gresini Moto2) sebelum saingan terpaksa dikibarkan bendera merah susulan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Hafizh dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan hanya mengalami lebam di beberapa bahagian badan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest