Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Inspirasi

[VIDEO] Penyampai Berita Wanita Melayu Pertama Fasih Berbahasa Mandarin Tular!

Wah..

Published

on

Kebiasaannya jika kita terbuka siaran televisyen yang sedang menyiarkan berita Mandarin,  ia mestilah disampaikan oleh pembaca berita berbangsa Cina.

Namun, lain pula kali ni bila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 telah tampil melakar sejarah yang mampu membuatkan orang ramai terpaku!

Siaran berkenaan telah menampilkan seorang wanita iaitu Rasyidah Abu Johan sebagai pembaca berita bahasa Mandarin berbangsa Melayu yang pertama di Malaysia.

Kefasihan wanita ini dalam menyampaikan berita dalam bahasa Mandarin telah membuatkan orang ramai terpegun malah sesiapa yang mendengarnya tanpa melihat pasti tidak menyangka pembaca berita itu adalah orang Melayu.

Menurut petikan daripada akhbar Berita Harian, Rasyidah mahir bertutur dan membaca bahasa Mandarin berikutan mendapat pendidikan di sekolah aliran Cina dari darjah satu hingga tingkatan enam.

“Sejujurnya, sudah lama saya mengimpikan untuk membaca berita Mandarin, tetapi kurang yakin dengan penguasaan bahasa.” ujarnya

Menerusi satu program temu bual, Rasyidah mendedahkan kerjaya tersebut juga adalah salah satu impian kedua ibu bapanya yang mahu melihat Rasyidah beraksi dihadapan kamera dengan menyampaikan berita dalam bahasa tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest