Connect with us
Projek Radio

Viral

Video Pertemuan Abang dan Adik Terpisah Dengan Kawat Duri Meruntun Jiwa Netizen

Sediakan tisu guys..

Published

on

Pertemuan ‘istimewa’ antara dua individu di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal baru-baru ini meruntun jiwa netizen selepas ia tular di sosial media.

Video yang dimuat naik menerusi laman Twitter berdurasi satu minit lebih 1 minit itu sehingga kini meraih lebih daripada 100,000 tontonan.

Rakaman di sebuah jambatan itu dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak itu memaparkan seorang wanita cuba mengambil lemang daripada seorang lelaki dipercayai abangnya.

Wanita itu dirakam mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.

Netizen yang melihat video dengan latar belakang lagu raya popular dendangan Aishah, Pulanglah menitiskan air mata atas pertemuan keluarga berkenaan.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest