Connect with us
Nite Jam

Viral

Viral Lelaki Terima PhD Pada Umur 21 Tahun, Tup Tup…

Seronok kan perasaan apabila dapat pakai jubah dan bonnet sewaktu graduasi?

Published

on

Seorang pengguna Twitter tular di media sosial apabila dia berkongsi gambar graduasinya di Manchester, United Kingdom dengan kapsyen “Terima PhD saya pada usia 21 tahun. Anda bagaimana?”, Jumaat lalu.

Hebat bukan? Ramai juga yang ingin ‘korek’ rahsia bagaimana jejaka yang dikenali sebagai Norman Harith ini apabila mampu memperolehi PhD dengan begitu cepat.

Namun hampa, apabila berita itu ternyata hanya gurauan semata-mata yang diambil serius.

Jejaka ini turut terkejut postingnya itu menjadi tular lalu mendedahkan bahawa graduasi tersebut adalah graduasi pak ciknya dan memakai jubah dan bonnet ahli keluarga adalah menjadi perkara biasa.

Bagus semangat yang cuba diterapkan jejaka ini. Akan tetapi, penting juga untuk berfikir masak-masak sebelum memuat naik sebarang status agar tidak menyebarkan maklumat palsu serta mengelirukan pengguna media sosial lain.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest