Connect with us
You Da Boss

Rilis

Vokal Padu! Beyonce Lancar Lagu Baru

Spirit tampilkan kekuatan luar biasa vokal Beyonce

Published

on

Simba mungkin seorang “Lion King”, namun dalam dunia sebenar, Beyonce adalah The Queen.

Penyanyi itu baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Spirit, single pertama yang dimuatkan dalam album berjudul The Lion King: The Gift.

Foto Instagram Beyonce

Pelancaran lagu itu adalah bersempena tayangan perdana The Lion King di Los Angeles.

The Lion King: The Gift, album yang menampilkan artis-artis global berlatarbelakangkan muzik Afrika, diterbitkan oleh Beyonce sendiri, dan akan dilancarkan pada 19 Julai nanti.

The Lion King turut menampilkan suara Beyonce untuk watak bernama Nala.

Selain Spirit, Beyonce juga akan menyanyikan lagu Can You Feel The Love Tonight bersama Donald Glover.

Lagu itu pernah dibawakan oleh Elton John dalam filem versi animasinya.

Elton John juga dilapor masih terlibat dalam pembikinan album soundtrack tersebut.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest