Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

“Wahai Jodoh, Mana Kau Nyorok?” Nazim Othman Sedia Kahwin Lagi?

Semoga Nazim dipertemukan dengan jodoh terbaik.

Published

on

Rezeki, jodoh dan maut semua di tangan Tuhan.

Pelakon terkenal, Nazim Othman baru-baru ini mengakui bersedia untuk berkahwin lagi selepas lebih setahun bercerai bersama aktres, Bella Dally.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram pelakon drama Cindai itu pada Sabtu lalu.

“Wahai zaujahku, aku tau kau ada somewhere out there. Bila sampai waktunya Tuhan pertemu dan satukan kita, aku berikrar akan menjagamu dengan baik. Sesungguhnya aku telah belajar dari kekhilafan lalu.. banyak yang Tuhan sudah tunjuk padaku dan aku akur dengan takdirku, takdir kita. Aku akan terus setia menantimu di sini. For now, take care sayangku. 💌,” tulisnya pada foto yang dimuat naik berlatar belakangkan gambar Menara KLCC.

Lantas, rata-rata peminat mendoakan Nazim agar dipertemukan dengan jodoh terbaik.

Imbas semula, Nazim bernikah dengan Bella Daly pada 10 September 2016. Bagaimanapun, pasangan itu membuat keputusan untuk bercerai pada Mei 2018.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest