Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Viral

Wajah Terkini Gadis Yang Menghiasi Botol F&N Tular

Ingatkan Liyana Jasmay..

Published

on

Kalau anda selalu ke pasar raya terutamanya pada bahagian minuman, antara barang yang akan terlintas di hadapan anda pastinya kordial jenama F&N yang mempunyai pelbagai perisa seperti Sirap Ros, Oren, Sarsaparilla, Rutbir, Anggur dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti Aidilfitri, kebiasaannya ia menjadi satu kewajipan untuk dibeli, malah pihak pasar raya juga akan meletakkan kordial itu pada bahagian promosi.

Image result for f&n kordial pasar raya

Bagaimanapun, tahukah anda siapakah wajah yang menghiasi botol berkenaan? Ada yang mengatakan ia seperti wajah pelakon Liyana Jasmay. Namun sebenarnya bukan pelakon tersebut, sebaliknya seorang gadis yang bernama Madihah Mohd Firdaus yang kini sudah pun berusia 22 tahun.

Kisah gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini bermula apabila dia berusia lima tahun dan ia adalah pekerjaan pertamanya sebagai model iklan kanak-kanak.

Menurut satu portal hiburan online, Madihah ketika menyertai sesi fotografi tersebut tidak mempunyai mood untuk mengambil gambar sehingga terpaksa dipujuk oleh ayahnya dengan aiskrim kegemarannya sekiranya dia bersetuju untuk meneruskan penggambaran.

Namun, menurut Madihah ia adalah kali pertama dan terakhir kemunculannya dalam iklan walaupun selepas itu dia ada mendapat beberapa tawaran lain.

Image result for f&n kordial pasar raya

Bagaimanapun katanya, dia tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai model sekiranya ia bersesuaian dengannya pada masa hadapan.

Tambah Madihah lagi, tumpuannya kini adalah untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dan bercita-cita untuk bergelar seorang jurutera.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest