Connect with us
Projek Radio

Onz

Walaupun Sudah Bergelar Isteri, Mira Filzah Masih Ditegur Bapa Kerana Berpakaian Ketat

Kasih seorang ayah…

Published

on

Pelakon yang baru sahaja bergelar isteri ini, masih lagi hangat dilihat dirata-rata laman sosial dan portal hiburan. Mira Filzah baru-baru ini menyambut ulangtahun kelahiran ayah tercinta di sebuah restoran, dan dilihat lalu memuat naik ucapan istimewa buat bapa tercinta di laman sosialnya.

“Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable.”

“Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day.”

Mira menyifatkan bapanya seorang lelaki yang unik dan tidak banyak bercakap namun mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya. Menerusi posting tersebut, Mira turut berkongsi perbualan bersama bapanya.

Dalam perbualan itu, bapanya menegur pakaian mira yang dianggap tidak sopan sebagai seorang wanita muslimah. Mira dilihat membalas mesej tersebut dengan menerima teguran berkenaan dan berjanji akan lebih berhati-hati.

Itulah kasih sayang seorang ayah, walaupun Mira kini bukan lagi tanggungjawabnya, itu tidak menjadi penghalang untuk tidak mengambil berat tentang permata hatinya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest