Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Wani Hasrita Pilih Greece, Sebagai Destinasi Klip Video Lagu Terbaru “Terlalu Memuja”

Bintang Paling Popular, Wany Hasrita dikhabarkan bakal menjayakan klip video lagu terbarunya, berjudul Terlalu Memuja di luar negara pada 21 Januari depan.

Published

on

Bintang Paling Popular, Wany Hasrita dikhabarkan bakal menjayakan klip video lagu terbarunya, berjudul Terlalu Memuja di luar negara pada 21 Januari depan.

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Menahan Rindu ini, dia akan berada di Greece selama lima hari dan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik termasuk di Santorini.

Sementara itu, Wany juga mengakui tidak sabar untuk terbang ke Greece memandangkan ini merupakan pengalaman pertamanya mengadakan sebuah klip video di luar negara.

“Saya berasa sangat teruja memandangkan ini kali pertama saya menjalani penggambaran klip video di luar negara.” katanya.

Dalam pada itu, Wany turut meletakkan harapan yang tinggi terhadap lagu terbarunya itu yang berentak balada.

“Walaupun lagu ini berentak balada, tetapi kedengaran sedikit berbeza berbanding lagu saya sebelumnya. Jadi, saya berharap lagu Terlalu Memuja ini diterima dengan baik oleh peminat,” ujarnya lagi.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest