Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Wani Kayrie Bakal Jadi Peguam

Bukan sahaja mempunyai suara yang merdu, malah juga cemerlang dalam bidang akademik.

Published

on

Bukan sahaja mempunyai bakat suara yang merdu, malah cemerlang dalam bidang akademik.

Penyanyi remaja, Wani Kayrie akan kembali menyambung pelajaran setelah mencatat kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 7A tahun lalu.

Selepas hampir setahun memberikan fokus kepada kerjaya seni, Wani yang popular dengan lagu Jangan Jangan itu memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam bulan depan.

“Jika ditanya minat, saya lebih cenderung untuk mengikuti pengajian dalam bidang perniagaan atau perhubungan awam. Namun, ibu pula mahu melihat saya menjadi peguam.

Menurut Wani, dia mahu menunaikan impian ibunya untuk dia bergelar seorang peguam selain menjadi contoh terbaik buat adik-beradiknya.

“Sebagai anak sulung, saya cuba penuhi impiannya dan menjadi contoh kepada dua adik. Saya tidak mahu menghampakan ibu yang berharap sangat saya menjadi peguam,” katanya.

Wani juga lebih bersemangat untuk bergelar sebagai seorang peguam suatu hari nanti setelah mendapat sepenuh kepercayaan dari keluarganya.

“Kepercayaan mereka membakar semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengejar cita-cita menjadi ‘The Singing Lawyer’,” ujarnya lagi.

All the best, Wani!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest