Connect with us
alt_img

Muzik Buzz

Wani Kayrie Suntik Elemen Pop Koplo Dalam Lagu Baharu

Penyanyi, Wani Kayrie bakal muncul dengan buah tangan terbaharu tidak lama lagi.

Published

on

Penyanyi yang juga bergelar seorang mahasiswa Wani Kayrie bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi meskipun jadualnya kini difokuskan pada pelajaran.

Menariknya, Wani akan merakamkan lagu baru bergenre pop yang disuntik elemen koplo sebelum mengakhiri kontraknya bersama syarikat rakaman SRC beberapa bulan lagi.

“Setakat ini, saya sudahpun bertemu komposer yang akan bekerjasama untuk lagu baru berkenaan iaitu Alif (Magic Potions).

“Hasil perbincangan itu, Alif nampaknya berminat untuk menghasilkan lagu bergenre pop koplo yang saya impikan selama ini.

“Genre pop koplo yang dipilih ini sesuai dengan vokal serta jiwa saya kerana ia memuatkan gabungan pop dan dangdut koplo,” katanya.

Menurut Wani, dia berhasrat meninggalkan sebuah lagu terakhir yang memiliki impak tersendiri dan karya boleh dibanggakan SRC di bawah nama Wani Kayrie.

“Ia semestinya lagu yang menepati cita rasa saya sebagai penyanyi dengan mengambil kira kesesuaian vokal dan genre muzik pilihan.

“Apatah lagi, saya akui selain meminati muzik pop, dangdut juga jadi pilihan. Jadi, seiring perkembangan muzik masa kini, tidak salah mencuba gabungan pop dan dangdut koplo,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Wani yang masih belum mendedahkan judul lagu terbaharunya itu mengharapkan lagu tersebut akan disambut baik oleh pendengar dan peminat.

Setakat ini, Wani sudah muncul dengan beberapa buah lagu seperti Jangan Jangan, Berteman Saja, Kumbang & Bunga, Aku Suka Kamu dan terbaru, Saat Terindah.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest