Viral
Wanita Hilang Pendengaran Kekal Gara-Gara…
Diharapkan pendengaran wanita ini kembali pulih.
Telinga adalah salah satu anggota tubuh yang mempunyai peranan cukup penting bagi panca indra manusia.
Ramai juga yang beranggapan korek telinga menggunakan cotton bud merupakan cara yang paling mudah untuk membersihkan telinga.
Tetapi tahukah anda, memasukkan cotton bud atau sejenisnya ke dalam telinga berisiko menyebabkan kotoran telinga masuk ke dalam? Bahkan, organ sensitif seperti gendang telinga juga boleh rosak lalu menyebabkan hilang pendengaran.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita Australia setelah mendapat jangkitan bakteria dan hilang pendengaran kekal gara-gara menggunakan cotton bud setiap malam selama 5 tahun.
Menerusi satu portal hiburan online, wanita yang dikenali sebagai Jasmine itu pada mulanya mengalami sakit telinga dan telinga kirinya berdesing lalu sukar mendengar anak-anaknya.
Gambar hiasan
Lebih parah apabila suatu hari dia menyedari telinganya berdarah.
Selepas menjalani ujian pendengaran, doktor mengesahkan bahawa dia telah separuh pekak, manakala imbasan CT pula menunjukkan telinganya dijangkiti kuman dan telah merebak sehingga ke tengkorak kepalanya.
Menurut doktor, hal itu berlaku kerana serat dari cotton bud telah berkumpul dalam telingnya dan menyebabkan jangkitan.
Jasmine terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tisu yang dijangkiti dan membetulkan saluran telinganya.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada semua. Mencegah kan lebih baik daripada mengubati?
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Drama4 weeks ago
Sah! 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan, Jom Tonton Trailer Dulu
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya