Connect with us
Nite Jam

Inspirasi

Wanita Ini Dedah Pengalaman Hidup Tanpa Rahim

Ketabahan seorang wanita…

Published

on

Dilahirkan tanpa rahim memang bukan sesuatu perkara yang senang untuk diterima, apatah lagi bagi wanita yang mengimpikan mempunyai zuriat dari rahim sendiri.

Wanita yang kuat menghadapi ujian ini adalah antara seorang daripada 5,000 wanita yang dilahirkan tanpa organ reproduksi merangkumi rahim dan ovari sekali gus gagal hamil.

Namun, Nur Syazwani Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan nama Wani Ardy, 34, Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) yang dihadapinya adalah satu anugerah dan ujian buatnya.

Mengikut kajian, setiap satu dalam 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap Sindrom MRKH dan keadaan itu memberikan tekanan serta menjejaskan minda golongan itu kerana dianggap wanita tidak sempurna.

Image result for wani ardy

Wani memberitahu, sepanjang membesar terutama di penghujung sekolah menengah, dia lihat semua rakan perempuan sudah datang bulan, tetapi tidak baginya.

Malah, waktu kelas Pendidikan Jasmani, ketika dia dan rakan-rakan menukar baju di tandas, dia terkejut apabila mendapati ada perbezaan pada tubuh badannya berbanding rakan perempuan lain sehingga oada satu masa, ibunya membawa Wani berjumpa pakar sakit puan.

Wani yang juga penulis buku dan penyanyi serta penggubah lagu berkata, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan, ujian dan imbasan pada waktu itu tidak menemui rahim dalam tubuhnya.

Image result for wani ardy

“Wajah ummi berubah sebaik saja dimaklumkan doktor akan hakikat itu. Saya masih remaja dan belum memahami sepenuhnya, sehinggalah ummi bertanya pada doktor, adakah saya tidak boleh mengandung dan doktor berkenaan mengakuinya.

“Wajah ummi bertukar sedih dan terus memberitahu saya supaya tidak perlu berkahwin dan tinggal saja dengannya sehingga tua,” katanya.

Image result for wani ardy

Akuinya yang pernah berkahwin selama lapan tahun, dia diamanahkan seorang ‘anak’ bernama Ikhlas yang dibesarkan sejak lahir dan kini berusia enam tahun.

“Saya namakan dia Ikhlas kerana saya berdoa agar dia ikhlas menyayangi saya demi Allah, sebagaimana saya juga ikhlas menyayanginya demi Allah.

Menurutnya, walaupun tidak dapat mengandung dan melahirkan, penghidap MRKH masih boleh menjadi ibu kepada bayi yang tiada rumah dan keluarga.

Wani turut menyatakan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya, dia menulis dan menjual buku bermula 2006, selain membuat persembahan lagu serta puisi di dalam dan luar negara.

Semoga kisah kali ini dapat memberi inspirasi serta pedoman buat wanita lain.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest