Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Waris Nak Tukar Nama

Waris tidak tahan dengan sikap segelintir masyarakat yang mempermainkan nama gelarannya.

Published

on

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Rembau Most Wanted dan Gadis Jolobu, Waris mengejutkan ramai peminat apabila mendedahkan enggan lagi dikenali dengan nama komersial tersebut dalam industri hiburan.

Waris atau nama sebenarnya Muzzammil bin Alias memaklumkan hal itu menerusi satu video di laman Instagram miliknya pada Rabu.

View this post on Instagram

Follow @rmwdrips @rmwdrips @rmwdrips

A post shared by W.A.R.I.S | Booking 0125357769 (@warisn9) on

Lapan tahun menggunakan nama ‘Waris’, alasannya untuk menukar nama adalah kerana sudah tidak tahan dengan sikap segelintir masyarakat yang mempermainkan nama gelarannya, sehingga dia berasa kurang dihormati.

Penyanyi rap berusia 31 tahun itu juga meminta maaf kepada peminat susulan mengumumannya itu selain turut meminta pendapat dan idea bagi mencari ‘nama baru’ yang sesuai untuk digunakan.

Lantas, perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi dan komen daripada peminat.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest