Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

“What Is Wrong With My Statement?” – Diserang BTS Army, Tiz Zaqyah Kecewa Dengan Sikap Fanbase Itu

Jangan menilai seseorang itu daripada apa yang ditulis…

Published

on

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila pelakon, Tiz Zaqyah diserang BTS Army gara-gara satu tweet yang disalah anggap oleh fanbase kumpulan Kpop terkenal itu.

Seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Effi Saharudin memuat naik satu ciapan di laman sosial Twitter seolah tidak menyukai lirik lagu Dynamite itu.

“Apa benda s**l lirik lagu macam budak darjah 3”

Daripada ciapan itu, Tiz membalas ciapan tersebut dengan mengatakan,

“Memang song for kids kan?”

Akibat daripada ciapan balas itu, Tiz diserang oleh BTS army yang menyangka dia mempersendakan kumpulan Kpop itu sedangkan niatnya hanyalah menerangkan bahawa lagu itu mungkin direka dengan lirik yang simple untuk memudahkan ‘sing a long’ dan ‘catchy’ untuk dinyanyikan oleh semua lapisan umur tidak kira kanak-kanak sehingga yang berumur.

Disebabkan tidak tahan dengan pelbagai tohmahan terhadap dirinya, Tiz tampil pertahan diri.

“It’s made easy and catchy for children to understand. What is wrong with my statement?

Tiz turut berpendapat BTS Army tidak memiliki sikap yang positif dan mereka sama sekali tidak mewakili sikap positif seperti yang dipamerkan idola mereka.

Kebanyakan komen-komen di laman sosial Twitter tidak bersetuju dengan kenyataan Tiz. Pelbagai tohmahan negatif dilemparkan kepadanya.

Chill lah guys, jangan menilai seseorang itu daripada apa yang ditulis. Tak salah kan bertanya dulu? Kalau tak suka pun, biarlah berpada-pada.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest