Connect with us
Projek Radio

Rilis

“Wira Di Hati” Buah Tangan Baharu Syamel Buat ‘Frontliners’

Semangat macam ni la yang kita mahu!

Published

on

Selepas muncul dengan single Curang tidak lama dahulu, penyanyi dan pencipta lagu berbakat Syamel muncul dengan sebuah lagi lagu istimewa sebagai tanda penghargaan untuk para pekerja barisan hadapan atau frontliners yang berkorban demi rakyat dalam menangani wabak COVID-19.

Lagu yang berjudul Wira Di Hati itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syamel sendiri dan diterbitkan oleh Zimi Sofarz.

Menurut Syamel Wira Di Hati merupakan penghargaan buat pihak barisan hadapan yang bertungkus lumus, menggadai tenaga dan nyawa untuk menyelamatkan kami, rakyat Malaysia semasa wabak COVID-19

Menurut Ketua Label Muzik Rocketfuel Records Feros, lagu itu membawa satu penyampaian yang sangat besar dari pihak mereka, buat barisan hadapan di luar sana.

Selain itu, lagu itu juga turut memaparkan ucapan penghargaan dari mereka, rakyat Malaysia dan juga ucapan daripada barisan hadapan sendiri.

“Lagu ini merupakan lagu yang sesuai untuk menghargai pengorbanan para frontliners dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati para pendengar radio yang bakal menjalani ibadah puasa.” ujar Feros menerusi sebuah siaran akhbar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest