Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Wow! Dian Sastro Jadi Superhero Dewi Api?

Superhero terkenal Indonesia akan ada filem tersendiri!

Published

on

Di Amerika Syarikat, komik Marvel terkenal dengan watak Iron Man, Hulk, Spider Man, Captain America dan Black Widow, manakala komik  DC mempunyai Superman, Batman dan Wonder Woman.

Di Indonesia pula, rangkaian komik popular Bumilangit mempunyai superhero mereka sendiri, dan mereka juga akan diterjemah dalam bentuk filem dan menjengah pawagam!

Bumilangit baru baru ini mengumumkan 7 filem superhero Indonesia yang bakal diterbitkan.

Filem-filem itu ialah Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta Dari Gua Hantu, Patriot Taruna, Gundala Putra Petir, Mandala Golok Setan dan Patriot.

Foto coconuts.co

Seakan sama seperti formula filem Marvel, kesemua filem-filem di bawah Bumilangit ini dilapor akan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.

Filem pertama Bumilangit berjudul Gundala, yang menampilkan pelakon Malaysia Bront Palarae sebagai Pengkor akan menemui penonton di Indonesia pada 29 Ogos 2019, diikuti Sri Asih.

Antara pelakon-pelakon hebat dari Indonesia yang akan menjayakan filem filem superhero ini ialah:

Chicco Jerikho sebagai Godam

Pevita Pearce sebagai Sri Asih

Chelsea Islan sebagai Tira

Nicholas Saputra sebagai Aquanus

Della Dartyan sebagai Nila Umaya

Dian Sastrowardoyo sebagai Dewi Api

Vanesha Prescilla sebagai Cempaka

Tara Basro sebagai Merpati

Abimana Aryasatya sebagai Gundala

Joe Taslim sebagai Mandala

Filem Gundala juga akan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September ini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest