Connect with us
Hot Kool Jam

Inspirasi

Wow! Gadis Ini Biar Labah-Labah ‘Hinggap’ Di Muka Untuk Hilangkan Stress

Siapa penakut dengan labah-labah angkat tangan!

Published

on

Labah-labah adalah haiwan yang ramai betul orang geli dengannya.

Orang yang takut labah-labah ni juga kita panggil dia sebagai arachnophobia.

Namun, tidak bagi wanita dari Queensland, Australia, Tarni Roebuck yang suka membiarkan labah-labah merangkak di atas mukanya sebagai cara untuk menghilangkan stress.

Mengejutkan, Tarni mendakwa semua labah-labah yang mendekatinya tidak pernah mengeluarkan racun ke atasnya dan dia tidak pernah digigit.

Menerusi sebuah portal hiburan online, wanita berusia 27 tahun ini juga difahamkan sentiasa bersama telefon bimbitnya ketika berada di luar supaya dapat merakam jika ada labah-labah yang muncul.

Tujuan Tarni sering berkongsi rakaman berjinak dengan labah-labah di Instagram adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk cuba memahami haiwan itu dan tidak sesuka hati membunuh mereka hanya kerana takut.

Semoga kita semua lebih menyayangi haiwan. Kalau tak suka pun, jangan seksa mereka okay.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest