Connect with us
Hot Kool Jam

Rilis

Wow! Sufian Suhaimi Tampil Duet Bersama Amira Othman

Sufian dan Amira berduet untuk lagu Takkan Merubah.

Published

on

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi tampil dengan single duet bersama Amira Othman, Takkan Merubah.

Lagu ciptaan Farouk Roman serta Amylea Azizan itu akan turut menjadi runut bunyi bagi filem Motif.

“Sebagai penyanyi, saya perlu mencari kelainan dalam persembahan. Saya tidak mampu lepaskan peluang berharga ini, tambahan pula sentuhan Farouk dan Amylea mempunyai magis tersendiri,” kata Sufian.

Sufian menyifatkan Amira seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama.

“Projek ini istimewa apabila saya dapat berduet dengan Amira. Dia sangat menyenangkan, malah membuat persediaan rapi sebelum kami melangkah ke studio rakaman,” ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, proses rakaman Takkan Merubah mengambil masa lapan jam untuk disiapkan.

“Kami masuk studio pada 19 Ogos lalu untuk proses rakaman yang bermula jam 9 malam. Memandangkan ia kerjasama pertama saya dan Amira, kami perlu terlebih dahulu mencari titik keserasian.
“Biarpun mengambil sedikit masa, saya tidak kisah kerana setiap komposer mempunyai cara tersendiri untuk memastikan lagu yang dirakamkan memberikan kepuasan kepada semua yang terbabit,” jelas Sufian.

Diharapkan lagu duet ini akan membawa ‘tuah’ sekali lagi buat Sufian dan juga Amira di masa akan datang.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest