Connect with us
Hot FM

Eksklusif

Wow! Uplive Malaysia Bantu Masyarakat Yang Tiada Akses Sumber Air Bersih

Next level betul Uplive Malaysia! Thumbs up!

Published

on

Kesucian di bulan Ramadan tak lari dengan rasa cinta, pengorbanan, pengabdian, pengampunan dan mengambil berat antara satu sama lain, sama dengan program yang dijalankan oleh Uplive Malaysia yang telah berakhir pada April lalu. Ha kenapa?

Tahu tak, dalam masa yang sama Uplive Malaysia telah menjalankan program sosial korporat (CSR) dan akan menyumbangkan sebahagian daripada hasil program ‘RAMADHAN MELODIES CHARITY‘ ini kepada UNICEF. Program ini juga telah bekerjasama dengan pelbagai artis iaitu Haoren, Harry Khalifah, Vera Chai dan Yazmin Aziz.

Sertai UNICEF Untuk Bantu Masyarakat & Kanak Kanak

Siapa sangka 2021 ini masih lagi ada masyarakat yang tiada akses untuk peroleh sumber air bersih setiap hari. Bayangkan jika kita menggunakan air yang kotor setiap hari, ia akan memudaratkan tubuh badan kita di keesokan hari. Belum lagi jika kita minum air yang kotor tu kan?

Oleh itu, Uplive Malaysia amat cakna tentang isu ini dan telah sertai UNICEF untuk memberi sumbangan kepada masyarakat serta kanak kanak yang memerlukan dalam bentuk tablet pembersih air yang mampu merawat sebanyak 75,000 liter air supaya golongan ini dapat mengakses sumber air yang bersih.

Uplive Malaysia amat berharap tindakan ini mampu membuka mata semua orang untuk terus menyayangi golongan masyarakat yang miskin dan memerlukan. Walaupun program ini telah berakhir, apa kata kita sebarkan perkara baik dan rasa sayang ini untuk semua rakyat!

Antara Juara Suara!

Program Ramadhan Melodies Charity Singing Competition ini telahpun berlangsung dan berakhir pada April lalu.  Tahniah kepada semua para pemenang di atas nyanyian yang sungguh merdu. Kepada yang gagal melayakkan diri ke pusingan akhir, jangan risau.. Mana tahu boleh join lagi akan datang! Tapi kena usaha lebih sikit tau! Boleh start praktis vokal daripada sekarang ya!

Tempat Pertama : joppc1231
Tempat Kedua : abangcckofficial
Tempat Ketiga : nath_91
Hadiah Istimewa 1 : juan_er1314
Hadiah Istimewa 2 : ccmt0122

Jangan lupa like Uplive Malaysia di Facebook dan muat turun aplikasi Uplive Malaysia di Google Playstore dan App Store sekarang!

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest